Sunday, July 7, 2013

Aurat Terpelihara


Aurat Terpelihara


Assalammualaikum,

Wahai rakan-rakan sekalian mari lah sama2 kita perbaiki cara berpakaian kita semua supaya kita dikasihi dan disayangi ALLAH S.W.T.  Jika benar kita semua mahukan redha ALLAH, mahukan kasih sayangNYA, mahu supaya ALLAH tempatkan kita semua ke dalam Syurga, mahu supaya ALLAH jauhkan dari Neraka; maka marilah kita ikuti cara yang ALLAH sukai.


Aurat (Bahasa Arabعورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukanmahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis[1]

Dalil Al-Quran
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)[2]
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
  • suami mereka atau
  • bapa mereka atau
  • bapa mertua mereka atau
  • anak-anak mereka, atau
  • anak-anak tiri mereka atau
  • saudara-saudara mereka atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
  • orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)[3]
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)[4]


Memanglah perempuan bukan disuruh dan diwajibkan pakai tudung labuh yg labuh bulat tu, labuh bawah siku etc. tapi kita diwajibkan menutup aurat dengan sempurna.
Iaitu memakai tudung yang tutup dada, tak jarang, tutup rambut, leher, telinga, yang cukup satu set.
Termasuklah melonggarkan pakaian, menutup semua anggota kecuali muka dan tapak tangan kepada orang yang bukan muhrim.

Tips Menutup Aurat

1. TAHU
Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.
2. SEDAR
Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
3. SYIAR
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. FUNGSI CERMIN
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”
5. ASINGKAN
Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.
6. MALU
Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. SAHABAT
Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.
8. EKSKLUSIF
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.
Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan ??
    ” Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. ” [ An-Nur : 31 ]

Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah:

  1. Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
  2. Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
  3. Mestilah kainnya tebal.  Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
  4. Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
  5. Tidak berwangi-wangian.
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  7. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  8. Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.

Semoga dengan kita semua menepati kesemua ciri-ciri berpakaian di atas, keredhaan ALLAH dan kasih-sayangNYA melimpahi diri kita semua, amin…

sumber: http://syuhada-love-islam.blogspot.com/2012/01/jom-tutup-aurat-dengan-sempurna.html

Justeru, kami ingin menampilkan gaya kontemporary muslimah yang terkini iaitu Palazzo Denim, in sha Allah design yang mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi iaitu longgar dan tidak jarang sesuai untuk digayakan bagi muslimah yang aktif dan trendy tetapi mementingkan keselesaan. Kain Denim yang lembut dan tidak jarang ini amat lasak dan tahan lama bak kata pepatah alah membeli menang memakai :)

Bagi muslimah yang kreatif, Palazzo Denim ini sangat menepati citarasa bagi muslimah yang suka menggayakan blouse, kemeja atau t-shirt muslimah sekali pun untuk dipadankan dengan Palazzo Denim ini. Jadi ini sudah semestinya menjimatkan dari segi kewangan :)

Sesuai digayakan untuk ke pejabat, bersantai, majlis formal malah untuk bershopping :). Palazzo Denim keluaran edisi terhad ini MESTI dimiliki untuk gaya muslimah terkini :).



Helaian yang terhad, amat berbaloi untuk memberikan kepuasan kepada si pemakai :). Ayuh tunggu apa lagi?...ORDER di buka sekarang! Order di SINI.

Happy online shopping :)

LIKE page kami di https://www.facebook.com/bajumelayumfateh



















No comments:

Post a Comment