Muslimah Anggun
" Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada wanita-wanita mukminat agar mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang telah zahir pada dirinya dan hendaklah mereka menutup dengan tudung mereka ke atas dada mereka dan janganlah mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, bapa-bapa mereka, bapa suami mereka, anak-anak mereka, anak-anak suami mereka, anak-anak lelaki bagi saudara lelaki mereka, anak-anak lelaki bagi saudara perempuan mereka, wanita-wanita Islam, hamba sahaya yang mereka miliki, lelaki yang mengikut mereka yang sudah tidak mempunyai keinginan ( terhadap perempuan ) atau kanak-kanak kecil yang belum mengetahui mengenai aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka supaya diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." ( An-Nur: 31 )
Jagalah auratmu! Perempuan khususnya diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat. Oleh yang demikian kita seharusnya mendidik anak-anak perempuan untuk memakai pakaian yang menutup aurat dimulakan sejak mereka kecil, untuk membiasakan mereka dengan tudung dan baju labuh walaupun dalam keadaan yang tidak menyelesakan. Jika tidak diasuh sejak kecil, khuatir nanti bila tiba saat dia wajib mengenakan pakaian yang menutup aurat, rasa tidak selesa dan tidak biasa akan menghalang dirinya dari melaksanakan perintah Allah.
1. Menutup Aurat Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" ….harta ( mereka yang ada dalam kekuasaanmu ) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan . Berilah mereka belanja dan pakaian ( dari hasil harta itu ) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik." ( An-Nisaa': 5 )
" ….harta ( mereka yang ada dalam kekuasaanmu ) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan . Berilah mereka belanja dan pakaian ( dari hasil harta itu ) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik." ( An-Nisaa': 5 )
Di dalam ayat ini, Allah S.W.T. telah menyuruh kaum wanita supaya menutup aurat mereka. Di dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Peha itu adalah aurat." ( Riwayat al-Bukhari )
Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Seorang lelaki tidak boleh melihat kepada aurat seorang perempuan lain." ( Riwayat Muslim )
Pakaian yang dipilih mestilah tidak jarang dan tidak ketat. Pakaian yang jarang akan menampakkan aurat seseorang. Demikianlah juga pakaian yang ketat akan menampakkan bentuk anggota badan yang wajib ditutup. Akibatnya matlamat untuk menutup aurat tidak akan tercapai. Larangan berpakaian dengan pakaian yang sedemikian dapat kita fahami menerusi sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Dua golongan ahli neraka yang aku belum melihatnya iaitu satu golongan yang memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dan satu golongan wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk tubuh badannya, mereka ini seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat baunya sekalipun bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian-sekian." ( Riwayat Muslim )
Tidak adil sekiranya hanya anak lelaki sahaja yang mendapat tumpuan dari ibu bapa, justeru kami menyediakan Jubah Peplum Denim sebagai gandingan Baju Melayu Denim Kanak-kanak. :). Nampak sopan dan anggun lagi bergaya! Jom Tarawih!
Sedikit info Jubah Peplum Denim:
Kain denim yang lembut dan tidak panas telah dipilih untuk menjamin kualiti koleksi denim ini. Terdiri daripada 3 jenis kombinasi warna iaitu biru muda, biru tua dan hitam.
Disediakan juga Saiz Jubah Peplum sebagai panduan.
ORDER disini http://bajumelayumfateh.blogspot.com/2013/06/order-form-for-baju-melayu-denim.html SEGERA kerana stok adalah terhad.
LIKE page kami di https://www.facebook.com/bajumelayumfateh
No comments:
Post a Comment