Ramadhan Mubarak 1434H
Assalammualaikum
In Sha Allah, kita akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Satu bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan.
Di dalam bulan Ramadhan, seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Ini diterangkan dengan jelas dalam ayat 183, surah Al-Baqarah yang membawa maksud; "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
Selain itu ayat 185, surah Al-Baqarah juga menyatakan dengan maksudnya bahawa ".( Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."
Akhir sekali dalam ayat 35, surah Al-Ahzaab pula, diterangkan bahawa ". orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar"
Sebagai seorang muslim, sudah semestinya kita akan membuat pelbagai persiapan sama ada dari segi spiritual dan fizikal serta ilmu bagi merebut segala faedah yang ditawarkan dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Matlamatnya adalah untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah s.w.t., meningkatkan kualiti iman dan ibadat dan mengeratkan hubungan kekeluargaan serta kejiranan.
Namun yang penting sekali kita perlulah memperbetulkan niat dan azam sebelum memasuki bulan Ramadhan. Niat dan azam perlulah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Berazamlah untuk menjadikan bulan Ramadhan kali ini satu bulan yang terbaik untuk diri kita. Misalnya, kita boleh berazam untuk menjalani ibadah puasa yang tinggi kualitinya. Jadi, tekadkan dalam diri untuk merebut semua peluang kebaikan yang ditawarkan dalam bulan Ramadhan ini.
Buatlah persediaan yang sewajarnya untuk menyambut bulan mulia ini. Moga-moga diakhir bulan Ramadhan nanti, kita akan menjadi seorang Muslim yang lebih baik dari semua segi berbanding sebelumnya.
Berikut di sertakan senarai semak amalan sunnah di bulan ramadhan.
Senarai Semak Amalan Sunnah di Bulan Ramadhan
1) Berniat dalam hati untuk
berpuasa di malam hari.
2) Mengtakhirkan Besahur
di akhir malam .
Nabi SAW bersabda :" Perbezaan di
antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur"
Hadis Riawayat Muslim, 2/770
Nabi juga bersabda : "Bersahurlah
kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya"
Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim
Waktu yang terbaik untuk makan sahur : adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang
membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat
subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w ,
kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan
sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat." -
Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.
Peringatan !! :
Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di
sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan
ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia
pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW
3) Mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan
beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah
(bagi lelaki).
4) Memperbanyakkan bacaan
Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Disunnahkan kepada seluruh umat Islam agar
bertadarus (membaca dan mempelajari) al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan. Ibn
Abbas r.a berkata:
"Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya."
Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1902.
Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang
kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah
kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling
diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail
as.
5) Mengerjakan solat fardu secara berjemaah
(bagi lelaki) dan solat sunat sunnah yang diajar nabi.
Antara solat sunat sunnah : solat sunat rawatib 12
rakaaat (qabliah dan ba'diah),solat sunat wudhuk, solat sunat dhuha.
6) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah
puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita
berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-
ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع
Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa
mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu,
dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang"
Riwayat
Al-Bazaar
Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya
menyebutkan :-
ثلاثة
لا
ترد
دعوتهم
: الصائم
حتى
يفطر
والإمام
العادل
ودعوة
المظلوم
Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa
sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi"
(
Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan
menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)
7) Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka
Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat
berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد
Ertinya
: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah
waktu doa yang tidak ditolak
(Riwayat
Ibn Majah ; Sohih
8) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu
maghrib.
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Ertinya :
"Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan
berbuka"
Riwayat
Al-Bukhari, 4/1957.
Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan
solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar
biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu
solat Magrhib kita.
Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan
solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu
Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).
9) Sunnah berbuka
dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk
air.
كان رسول الله صلى الله عليه
وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن
حسا حسوات من ماء
Ertinya : Rasulullah
s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada
rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air"
Riwayat
Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi
(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).
Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi
iaitu
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر
إن شاء الله
"
Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"
Ertinya : "Telah
hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya
InshaAllah "
Riwayat
Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani
10) Amat disunatkan
untuk menyedeqahkan harta terutamanya bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.
Umat Islam sepatutnya menggunakan kesempatan di
bulan Ramadan yang penuh berkat ini dengan menggandakan amal kebajikan seperti
bersedekah. Rasulullah s.a.w yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan
sentiasa memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang
lain.
Ibn Abbas r.a berkata:
Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan."
Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1902.
Nabi SAW bersabda :
من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya : Barangsiapa
yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala
seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun"
Riwayat
At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi
.
Disebut dalam sebuah hadis lain
ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa (
berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman
yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga "
Riwayat
Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi
11) Menunaikan solat sunat
tarawih pada malam hari secara berjemaah buat
lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan
hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.
Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid
dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan
kepada 20 rakaat.
12) Memperbanyakkan bersiwak
.
Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat
al-Bukhari.
sumber: blog dan internet.
No comments:
Post a Comment